Barber & Badminton
Baru lepas guntung rambut dengan barber pilihan saya. Sebuah kedai kecil di Ampang. Kos gunting rambut RM15. Saya bayar RM30 kerana dah 3 bulan yang tidak menyumbang kepada pendapatannya disebabkan PKP 3.0.
Saya juga bersiap sedia bagi malam ni nak turun memanaskan badan dalam acara sukan badminton double di Wangsa Maju jam 8 malam. Singgah sekejap di ofis bagi beberapa urusan dan mesyuarat jam 5 petang.
Sempat mengambil semangat The Night Fury (Toothless) di ofis sebelum turun ke gelanggang malam ni. Sudah hampir 3 tahun tidak bersukan badminton. Malam ni nak bawa semangat The Night Fury. Setiap skil boleh dilentur. Kalau seekor naga pun boleh diajar, kenapa tidak kita sebagai manusia. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. When there is a will, there is a way. اذا انعقد العزم انفتح السبيل
Sejak menulis buku novel kedua saya "Adi: Juara Badminton Berdata" terasa sangat nak practice apa yang saya dah tulis.
Tak sabar nak aktif semula. Selepas ini nak cuba futsal pula.
MDB